kasutku...

kasutku...

Saturday 31 July 2010

jualan di UM


3 hari kami (aku n fairus) bukak booth di UM...alhamdullilah...rezeki murah...30 pasang kasut berjaya kami jual..best giler perasaannya...tq lah warga UM yang singgah booth 'kasutku kedai_rais'..bagi yg beli...semoga lagi murah rezeki kalian...bagi yang singgah dan mencuba..terima kasih kerana berminat...seronok kan bisnes ni, layan customer...actually..darah bisnes memang ada dlm diriku..masih aku ingat masa sekolah dulu tolong arwah mak jual kuih (ingat ct nurhaliza jer ker jual kuih..aku pun lah)...tiap-tiap petang aku jinjing 2 bakul kuih sambil jerit melaung kuih yg ku bawa...tak pernah aku malu...masa aku kecik dulu pun aku tolong arwah bapak aku jual roti canai...lepas jual kuih, aku tolong arwah bapak jual mee rebus dan soto plak...masa tu kira 'loaded' lah sebab selalu dapat upah...walau penat tapi berbaloi...

8 , 21 & 22 Ogos ni plak..kitaorg akan bukak booth kat subang parade plak...skang ni, walau tak jual makanan...aku jual kasut plak...semoga terus dimurahkan rezeki...insyaAllah

Sunday 25 July 2010

pertama ku jual


lepas aku decide nak buat bisnes kasut ni...aku nekad utk jadikan rezeki tetap dengan bantuan partnerku...hari selasa tanggal 20 Julai 2010, aku mula bukak kedai (bukanlah kedai apa pun..aku bukak kat opis jer)..tapi sebagai pembuka rezeki dan iklan bergerak..aku beli kasut pertama dari kedai_rais dengan harga penuh (org tua-tua kata biar berkat rezeki...insyaAllah..amin). kasut corak harimau ni (tapi bukan belang rimau ya) yang aku beli dan sarung ke opis. apa lagi terbukak lah mata kawan2 kat opis, bila mereka mula bertanya kat mana aku beli dan berapa harga...dengan bangga aku jawab "aku lah yang jual" dan harganya cukup murah "RM35"...dengarkan harga dan design kasut yang memang cun, ramai yg terus order...dan hari tu jugalah secara rasminya aku bukak kedai_rais. nama kedai_rais aku pilih sempena nama anak bujangku daniel rais..aku percaya dia memang rezeki aku yang dianugerahkan Allah s.w.t dan akan semoga rezeki itu akan bersama ku selamanya..insyaAllah...amin!!

Saturday 24 July 2010

all about shoes


masih aku ingat masa aku sekolah dulu, aku ada koleksi kasut yang hampir penuh satu almari (yg kecik je lah)..yang pasti semunya aku jaga dengan baik..memandangkan kaki aku jenis kembang, kebanyakannya sandal bertali..aku jarang pakai kasut tutup unless it's full leather...ada juga kasut yang aku beli tapi pakai sekali lepas tu aku derma kat org lain...selalunya yang datang pinjam kasut aku ialah anak saudara aku...tapi yang aku marah, pinjam tak nak pulang pastu tak tau jaga barang orang....masa aku masuk U, semua kasut aku tinggal..ada lah aku bawak tiga pasang kasut favorite...tiap kali aku balik cuti, mesti koleksi aku berkurangan sebab dipinjam orang...hmmmm..beli lagi kasut baru...sampailah sekarang...aku masih gila kasut..dalam boot keta aku at least ada 5 pasang kasut...rak dlm rumah pun macam tu...dlm stor lagi...sampaikan anak aku pun gila kasut...tapi kasut lelaki mahal..kasut pompuan murah jer..dah lah tu cantik dan selesa...samalah macam kasut-kasutku yang ku jual ini...

Friday 23 July 2010

aku gila kasut


aku memang minat kasut. setiap kali keluar ke mana kalau ada lah kedai kasut akan ku belek sepuasnya. biarlah tak membeli pun asalkan aku puas melihat dan mencuba itu sudah membuatkan ku bahagia. walaupun aku gila kasut tapi aku memang cerewet memilih kasut. kadang-kadang aku sanggup habiskan masa berjam-jam lamanya hanya untuk memilih kasut yang selesa dan sesuai di kaki. iye lah, tak kan nak bagi kaki terseksa hanya kerana kegilaan sendiri. kaki nak pakai lama beb..kena jaga. nampak cam tak penting kan? tapi kaki lah nadi untuk kita ke sana kemari..kaki sakit susah nak gerak beb..jangan hanya pandang pada design kasut, apa yang penting ialah keselesaan di kaki. dek kerana gila kasut ni lah..maka telah sampai seru ku untuk berkongsi minat ini...aku pun jual kasut...sebabnya...aku boleh pilih sendiri kasut yang aku suka...selesa dan cantik plus harga tak mahal....ini lah kasutku dan aku harap ia akan jadi kasutmu jua!!!